Sunday, July 15, 2012

Photo Pengantin
















Muslimah Photo











Apa ada di Pulau Pinang?

Sekali sekala di Pulau Pinang...




Antara pengunjung luar yang sangat berminat dengan lampu-lampu. Mereka sangat sporting bila tahu gambar mereka dirakam. Dalam diam, saya belajar menjadi mesra dalam gambar.




Phone booth yang jarang digunakan kerana hari ini semua orang mampu memegang telefon bimbit. Walau bagaimanapun, ia tetap penting bila kredit running low, bateri habis, panggilan anda disekat kerana tidak menjelaskan bil bulanan. Suatu ketika dulu, kita boleh lihat orang beratur untuk menggunakannya kerana ia merupakan satu pilihan yang menyediakan perkhidmatan yang penting dan murah. 


Papan tanda salah satu premis sekitar tempat penginapan menarik minat saya untuk dirakamkan. Warna pink dan purple yang cun bila digabungkan. 

Sekadar IKLAN ... hanya sebuah GARISAN...

Wow, tingginya...
 



Kejohanan SOFBOL Kebangsaan 2012

Kejohanan Sofbol Kebangsaan 2012

Sekitar ....






Thursday, July 12, 2012

Senja di Terengganu


Suasana malam di Kuala Terengganu. Gambar ini diambil dari tingkap bilik 235 Hotel Seri Malaysia, Kuala Terengganu semasa saya menghadiri sesi bengkel anjuran majikan. Setelah sekian lama tidak ke Kuala Terengganu, baru lah kali ini berpeluang melawatnya sekali lagi, itupun atas urusan tugas. Rupa-rupanya di Kuala Terengganu pun dah ada pokok berlampu berwarna warni seperti di I-City Shah Alam. Bezanya, kedudukan taman ini betul-betul di tepi sungai yang saya rasakan ia lebih menaikkan seri pemandangan ini. Kalau bercerita pasal Terengganu, sudah tentu tidak sah kalau tidak menjamah keropok lekor, berkunjung ke Pasar Payang dan melihat keindahan senibina Masjid Kristal. Atas kekangan masa, saya cuma mampu merasai nikmat sedapnya keropok manakala 2 lagi aktiviti yang disebut di atas, mungkin dilain waktu dan ketika ia saya rakamkan. Berjalan dalam tugas mungkin ada kekangan dari faktor waktu walau bagaimanapun, kesempatan seperti ini tidak saya buang begitu sahaja dalam mengabadikan kenangan dalam rakaman dan coretan ini. Kerana kedua-dua aktiviti ini, merakam gambar dan menulis adalah hobi saya.