Birthday



Merakam potret kanak-kanak sememangnya  sangat mencabar. Dalam mencari shot
yang menarik dengan keletah si kecil yang sukar dijangka menjadikan tugasan sebagai
penangkap gambar tidak semudah yang dijangka. Berbeza dengan orang dewasa, aksi
si  kecil lebih sesuai dalam keadaan mereka tidak bersedia. Candid untuk kanak-kanak
adalah lebih praktikal dari membuat kiraan 3 dengan harapan mereka bersedia memandang
ke arah saya. Sedikit sejarah berkaitan aktiviti saya sebagai penangkap gambar, acara
sambutan birthday inilah event pertama saya dibayar! Terima kasih saya kepada ibu si
kecil ini yang juga rakan saya kerana memberikan kepercayaan walaupun beliau sedar
saya langsung tiada pengalaman. Dan inilah titik tolak saya melangkah ke hadapan
dalam bidang ini.