Thursday, May 8, 2014

Bila Pengantin Berarak Malam


02-05-2014
Taman Desa Duyong, Melaka


Majlis Malam Berinai
ROHANA & FENDY

Majlis pernikahan telah berlangsung siang hari selepas solat Jumaat yang menyatukan kedua mempelai berlangsung  di Rumah ALLAH. Sejurus selepas magrib, Qasidah mula berkumandang. Indah ayat memuji nabi oleh anak-anak muda yang dijemput memeriahkan lagi majlis mempelai. 

Ketibaan pengantin lelaki disambut dengan bunga api buatan tangan orang Melaka. Bersama paluan kompang kedua mempelai berjalan beriring ke pelamin malam di tengah rumah ayah dan ibu.

Ibubapa kedua mempelai dijemput merenjis dan menepung tawar mempelai yang tak lokek senyuman di atas pelamin. Ahli keluarga dan sanak saudara tidak melepaskan peluang bergambar bersama mempelai yang sama cantik sama molek. 




No comments:

Post a Comment